MENGENAI KAMI
LATAR BELAKANG
Nama :
Koperasi Kakitangan Dan Keluarga Air Kelantan Berhad (Kop-Air)
Tarikh Pendaftaran :
27 Jun 2001
No. Pendaftaran Koperasi :
D-4-0283
Pejabat Urusan :
PT 527, Tingkat 1, Jalan Kota Jelasin KJ4/1, Bandar Baru Tunjung, Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Kilang :
Lot 8B, Kawasan Industri Mara, Fasa 3, Jalan Padang Tembak, Pengakaln Chepa, 16100 Kota Bharu
Bank :
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
”Bersatu Secara Sukarela”
VISI
MISI
Perkhidmatan Kami
Koperasi merupakan salah satu daripada sektor ekonomi yang semakin berkembang pesat di Malaysia. Sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi institusi yang berkesan dan efektif kerana mempunyai sumber kewangan tersendiri, keanggotaan yang ramai, pengurusan yang demokratik, mengamalkan nilai dan prinsip yang kukuh dan amalan perkongsian maklumat dikalangan anggota. Gerakan Koperasi di Malaysia mendapat suntikan, bantuan dan inisiatif daripada kerajaan menerusi peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Berhad (Kop-Air) giat berusaha mempelbagaikan perniagaan koperasi kepada enam bidang keberhasilan utama ekonomi sepertimana yang disarankan dalam DKN 2011-2020 iaitu perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani dan harta tanah.
Secara keseluruhanya Kop-Air menjalankan aktiviti perniagaan seperti berikut;
- Aktiviti kredit
- Pembuatan dan pengilangan
- Kerja-kerja kontrak
- Perkhidmatan dan takaful
- Pembekalan alatulis dan peralatan komputer
- Pembangunan harta tanah dan pemaju perumahan
- Peralatan sistem bekalan air
- Pelaburan dan simpanan