SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB

Koperasi Kakitangan dan Keluarga AIR Kelantan Berhad

Koperasi adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “CO-OPERATIF” (doing thing together), yang membawa maksud kerjasama. Mengikut Kamus Dewan, kerjasama bermaksud buat kerja sama-sama, tolong menolong dan bantu membantu. Konsep kerjasama ini adalah fitrah semulajadi manusia dalam meneruskan kelangsungan hidup. Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) mendefinisikan Koperasi sebagai “Pertubuhan berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui satu badan yang dimiliki dan terkawal secara demokrasi.

AKTIVITI

Secara keseluruhanya Kop-Air menjalankan aktiviti perniagaan seperti berikut;

Biro Kebajikan & Keanggotaan

Biro Kewangan & Akaun

Biro Kredit

Biro Harta Tanah

Biro Sistem Bekalan Air & Pembekalan

Biro Takaful & Perkhidmatan

Projek Dalam Perlaksanaan

Kop-Air mempunyai Jawatankuasa Kerja yang diketuai oleh Anggota Lembaga dan anggota pengurusan yang dilantik bagi melaksanakan aktiviti Kop-Air berjalan dengan baik dan teratur. Matlamat utama Jawatankuasa ini dibentuk adalah untuk menggerak dan mengawal aktiviti semua bahagian.

Jawatankuasa ini berupaya mengembeling idea dan tenaga, bertanggungjawab, mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan serta kompeten dalam melaksanakan tugas. Dewasa ini, Kop-Air telah membentuk enam (6) Jawatankuasa Kerja utama untuk menyelenggara hal ehwal dan aktiviti Kop-Air. Jawatankuasa Kerja yang dibentuk adalah;

1) Jawatankuasa Pentadbiran, Kebajikan dan Keangotaan
2) Jawatankuasa Kewangan dan Akaun
3) Jawatankuasa Aktiviti Kredit
4) Jawatankuasa Aktiviti Harta Tanah
5) Jawatankuasa Aktiviti Stand Meter, Sistem Bekalan Air dan Pembekalan
6) Jawatankuasa Aktiviti Takaful, AVL dan Perkhidmatan

Start typing and press Enter to search