AKTIVITI

Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Berhad

AKTIVITI

  1. Kop-Air mempunyai Jawatankuasa Kerja yang diketuai oleh Anggota Lembaga dan anggota pengurusan yang dilantik bagi melaksanakan aktiviti Kop-Air berjalan dengan baik dan teratur.
  2. Kop-Air telah membentuk enam (6) Jawatankuasa Kerja utama untuk menyelenggara hal ehwal dan aktiviti Kop-Air. Jawatankuasa yang ditubuhkan adalah sepertimana berikut;

1. Biro Kebajikan dan Keangotaan

● Kop-Air memperuntukkan 5 Kumpulan Wang Tabung di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan keanggotaan;

❖ Tabung Kebajikan Am - Perkahwinan Pertama (RM100.00)
- Anak Pertama (RM50.00)

❖ Tabung Pendidikan - Peringkat Rendah (RM50.00)
- Peringkat Menengah (RM100.00)
- Peringkat IPT (RM150.00)

❖ Tabung Kesihatan & Khairat

➢ Masuk Wad
Anggota (RM100.00)
Pasangan (RM75.00)
Anak (RM50.00)

➢ Khairat Kematian
Anggota (RM500.00)
Pasangan (RM300.00)
Anak (RM200.00)

❖ Tabung Derma Am

❖ Tabung Hari Raya

2. Biro Kewangan dan Akaun

● Mengawal dan menyelia tadbir urus sistem perakaunan Kop-Air
● Memastikan aliran tunai koperasi berada dalam prestasi yang baik.
● Mengurus dan mengawal dana luar, Simpanan Khas dan Kumpulan Wang Amanah agar selari dengan resolusi dan mematuhi UUK Koperasi.

3. Biro Kredit

  • Memantau aktiviti kredit bagi memastikan kelancaran aktiviti tersebut merangkumi memperkasakan aturan dan meningkatkan dana yang boleh digunakan untuk aktiviti ini. Pada masa ini KOP-AIR menawarkan beberapa jenis pembiayaan kepada anggota.

 

  • Pembiayaan yang ditawarkan terbahagi kepada;

 

  • Pembiayaan biasa – Pembiayaan ini terbuka kepada anggota-anggota yang mempunyai kemudahan potongan gaji majikan (PGM) dan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA). Pembiayaan ini terbahagi kepada dua (2) bahagian:

 

  • Anggota dalam tempoh kontrak

 

  • Pembiayaan ini memerlukan jaminan daripada seorang (1) anggota lain yang layak menjamin. Had maksima pembiayaan ini ialah sebanyak RM 5,000.00. Tempoh maksima bayaran balik adalah lima (5) tahun. Tempoh keanggotaan Koperasi adalah melebihi atau sama dengan enam (6) bulan. Perincian adalah sepertimana jadual di bawah;

 

Bil

Pembiayaan Minima

Pembiayaan Maksima

Tempoh Min Keanggotaan

Bilangan Penjamin

Had tempoh Bayaran  Balik

1

RM 1,000

RM 5,000

6 Bulan

1 Orang

5 Tahun

 

  • Anggota telah disahkan jawatan

 

  • Anggota-anggota yang telah disahkan jawatan (tetap) dan telah menjadi anggota koperasi minima enam (6) bulan berhak memohon pembiayaan maksima sehingga RM 100,000.00 dengan tempoh bayaran balik sehingga sepuluh (10) tahun, tertakluk kepada terma, syarat, dan had umur persaraan, yang mana terlebih dahulu. Jadual di bawah mengariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh anggota berkaitan dengan jumlah pembiayaan minima, jumlah pembiayaan maksima, had tahun keanggotaan, bilangan penjamin dan had bayaran balik.

 

Bil

Pembiayaan Minima

Pembiayaan Maksima

Tempoh Min Keanggotaan

Bilangan Penjamin

Had tempoh Bayaran  Balik

1

RM 1,000

RM 5,000

6 bulan

-

5 tahun

2

RM 5,001

RM 10,000

2 tahun

-

10 tahun

3

4

RM 10,001

    RM 10,001

RM 15,000

      RM 20,000

3 tahun

2 tahun

-

1 orang

10 tahun

10 tahun

5

RM 20,001

RM 30,000

3 tahun

1 orang

10 tahun

6

RM 30,001

RM 50,000

3 tahun

2 orang

10 tahun

7

RM 50,001

RM 75,000

4 tahun

2 orang

10 tahun

8

RM 75,001

RM 100,000

5 tahun

2 orang

10     tahun

 

  • Pembiayaan Kecemasan

 

  • Lembaga boleh meluluskan segera permohonan pembiayaan kecemasan ini kepada anggota-anggota yang memohon sebanyak tidak lebih dari satu (1) kali dalam setahun dengan syarat bahawa jumlah pembiayaan jenis ini tidak melebihi RM 2,000.00. Tempoh bayaran balik pembiayaan ini dalam masa 2 tahun (24 bulan).

 

Bil

Pembiayaan Minima

Pembiayaan Maksima

Had Tahun Keanggotaan

Bilangan Penjamin

Had tempoh Bayaran  Balik

1

RM 1,000

RM 2,000

6 Bulan

-

2 tahun

 

  • Kadar keuntungan pembiayaan adalah seperti berikut :

Jenis Pembiayaan

Tempoh Pembiayaan

(Tahun)

Kadar Keuntungan  Setahun(%)

Pembiayaan Biasa

1 - 3

4.25

Pembiayaan Biasa

4 - 6

4.50

Pembiayaan Biasa

7-10

5.00

Pembiayaan Kecemasan

1-2

4.00

 

 

  • Caruman Modal Yuran bagi anggota yang diluluskan pembiayaan adalah seperti berikut :

 

Jumlah Pembiayaan

Caruman Yuran Bulanan

RM29,999 Ke bawah

RM30.00

RM30,000 Ke atas

RM60.00

4. Biro Harta Tanah

● Kop-Air menjalankan aktiviti hartanah seperti membina rumah, menjual tanah lot mentah dan menyewa bangunan kepada AKSB jajahan.
● Pembelian Tanah di Gong Kulim, Pasir Puteh seluas 4 ekar dimajukan kepada lot- lot banglo
● Kop-Air mempunyai tiga lot bangunan iaitu dua di Bandar Baru Tunjong dan satu lot di Lubok Jong, Pasir Mas. Satu lot digunakan untuk operasi Kop-Air dan dua lot disewakan.
● Pembelian Tanah di kg. Hutan Pasir, Ketereh berkeluasan 3.7 ekar dimajukan kepada lot-lot banglo dan semi-D

5. Biro Sistem Bekalan Air dan Pembekalan

● Perniagaan barangan bekalan air stand meter, paip dan fitting
● Pembekalan peralatan Pejabat dan alat tulis.
● Kop-Air mempunyai sebuah kilang pembuatan stand meter yang dijual kepada operator bekalan air, kontraktor dan tukang paip yang berdaftar dalam kerja-kerja bekalan air.
● Kop-Air membekal pelbagai jenis paip seperti Paip PVC-O, MPVC, P.A Paip dan Fitting.

6. Biro Takaful dan Perkhidmatan

● Kop-Air merupakan agen berdaftar yang menawarkan polisi perlindungan takaful untuk permotoran, kerja-kerja kontrak dan perubatan. Selain dari itu, Kop-Air juga menawarkan perkhidnatan dalam menjalankan kerja-kerja kontrak dan perkhidmatan menghantar barangan menggunakan kenderaan milik Kop-Air.
● Kop-Air merupakan kontraktor berdaftar dengan AKSB untuk kerja-kerja kontrak dan pembekalan.

Start typing and press Enter to search