HUBUNGI KAMI
HUBUNGI KAMI
Pembangunan koperasi memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua anggotanya bagi memastikan kebajikan dan sosio ekonomi anggota sentiasa terjamin. Kop-Air perlu berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai misi dan visi yang telah digariskan. Keyakinan yang dilontarkan oleh ALK dan komitmen daripada anggota akan mendorong Kop-Air untuk terus berusaha memperbaiki prestasi kewangan, operasi dan khidmat sosial saban tahun. Kop-Air akan sentiasa bertekun dan bertungkus-lumus untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menjadi lebih kompetitif untuk bersaing dalam segenap aktiviti. Harapan Kop-Air agar kerja-kerja kutipan hutang akan berjalan dengan lebih efisyen dan sistematik untuk menjana pendapatan disamping membuka peluang pekerjaan kepada anggota.